Ramadan Terakhir

Not yet rated Write a review
Price
RM 19.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKG 00029
Brand:
Galeri Ilmu

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Ramadan terakhir mengajak pembaca menghayati Ramadandengan jiwa hamba yang total. Berpuasa bukan hanya pada lapar dan dahaga tetapi berusaha sedaya upaya merebut pelbagai ganjaran hebat yang hanya ditawarkan pada bulan ramadan sahaja. Persediaan menghadapi Ramadan bermula sejak Rejab lagi diikuti Syaaban yang merupakan bulan-bulan 'warming up' sebelum menempuh Ramadan. Seterusnya Syawal untuk menuai hasil Ramadan. Setiap kali kita berjaya menjejak masuk ke gerbang Ramadan, anggaplah ia sebagai Ramadan yang terakhir kerana belum tentu usia kita sampai ke Ramadan yang akan datang. maka sewajarnya Ramadan yang kita tempuh dimanfaatkan sepenuhnya. Sewajarnya amal ibadah kita lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sudah. Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal merupakan bulan-bulan mega bagi umat Islam yang mesti kita hargai dengan keimanan dan ketakwaan. Cukuplah kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh dan rugi selama-lamanya. Marilah kita jadi cerdik pada Ramadan kali ini dan seterusnya. Bodohnya kita apabila berpuasa pada siang hari tapi mampu menipu, mencuri, terlibat dengan rasuah, tidak menjaga aurat dan mengumpat. Bodohlah kita jika seronok bersolat tarawih beramai-ramai dimasjid dan surau, namun solat fardu masih kita tinggalkan. Pantang kita tinggal solat tarawih tetapi kita tidak berpantang untuk meninggalkan solat Subuh dan Zuhur.Alangkah bodohnya manusia dihadapan Allah.

Write a review