Tamak Pahala

Not yet rated Write a review
Price
RM 25.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BSP 00009
Brand:
Sentap Press

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Sinopsis



“Kenapa kau letak tajuk buku ini, Tamak Pahala?”

Sebab Aku Nak Masuk Syurga, Kau Nak Ikut?


Ok, cuba korang fikir. Setiap benda kecil akan dinilai Allah, apatah lagi benda yang besar, kan? So, buku TAMAK PAHALA: Sebab aku nak masuk syurga. Kau nak ikut? Ditulis supaya kita tak underestimate aktiviti-aktiviti seharian yang kita buat, sebab mungkin kita rasa aktiviti tu kecil tapi boleh jadi ianya besar di sisi Allah. Benda yang kita rasa simple itulah yang akan bawa kita ke syurga, atau ke neraka.

Dalam 10 saat, jom muhasabah diri kita, “Buat baik pun kena catat, buat jahat pun kena catat, walaupun benda tu kecil. So, better kita buat benda baik je. Haa, malaikat yang ada kat sebelah kanan dan kiri kita tak pernah tidur dan selalu catat amalan kita. Kita je yang selalu tidur.”

Buku ni bagi idea tentang aktiviti-aktiviti seharian kita, tapi kita terlepas pandang (atau buat-buat tak tahu) yang benda tu akan bagi kesan pada kita di akhirat kelak. Sama ada kita akan dapat redha Allah, atau sebaliknya.
 
Semoga buku TAMAK PAHALA dapat ‘jentik’ hati masyarakat especially anak muda supaya fastabiqul khairat atau berlumba-lumba buat benda baik. Bagi yang dah berusia, tak ada istilah terlambat untuk berubah. Teruskan ‘lari’ untuk kejar redha Allah. Harapan masih ada selagi ajal tak jemput kita.

Antara topik2 best dalam buku ni ialah:

  • Nak Tahu Perangai Sebenar Kita? Tengok Masa Drive.
  • Bersosial Di Alam Maya, 'Beruzlah' Di Alam Realiti.
  • Kena Berjemaah Ke? Saya Nak Dakwah Sendiri.
  • Biar Tak Ada Kuasa Asalkan Ada Masa Untuk Keluarga.
  • Jangan Tunggu Jadi Ustaz, Baru Nak Nasihat.
  • Cinta Sampai Ke Syurga Bukannya Ke Neraka.
  • Kalau Kita Mati Esok, Apa Kita Buat Hari Ni?

    DAN BANYAK LAGI!!


Tags:

Book
Book Author Aizuddin Hamid
Book ISBN 9789671349878
Book Pages 203 Halaman
Write a review