Qanun Jinayah Syar’iah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan al-Quran Dan al-Hadith (Jawi)

Not yet rated Write a review
Price
RM 50.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BDM 00004
Brand:
Darul Ma'firah

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Buku “Qanun Jinayah Syar’iah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan al-Quran Dan al-Hadith” merupakan sebuah karya fiqh kontemporari yang khusus membincangkan bidang fiqh jenayah dan kehakiman dalam Islam.

Buku ini adalah antara karya fiqh yang bermutu, yang disusun dalam Bahasa Melayu moden, yang dapat menandingi karya-karya fiqh klasik dalam bidang perundangan Islam, yang pernah dihasilkan oleh ulama-ulama nusantara terdahulu seperti kitab  Mir-at al-Thullab karya al-Fanshuri dan Hidayah al-Muta’allim wa ‘Umdah al-Mu’allim karya Syaikh Daud al-Fathani.

Buku ini telah disusun oleh Haji Said Haji Ibrahim (1923-2001M), bekas Mufti negeri Sabah dan diterbitkan oleh Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur dengan cetakan pertamanya tahun 1996.

Buku ini menjelaskan kedudukan undang-undang jenayah dalam Islam, iaitu Hudud, Qisas dan Takzir dalam Sistem Perundangan Islam mangikut peruntukan hukum Syara’ yang disebutkan di dalam Quran dan Hadis.

Hukuman jenayah (hudud, qisas dan takzir)  yang berteraskan Quran dan Hadith tidak boleh diketepikan dan tidak boleh dihalang perlaksanaanya oleh undang-undang yang dibuat oleh manusia, kerana undang-undang yang digubal oleh manusia itu tidak boleh mengatasi undang-undang Allah dan menolak Wahyu Ilahi.

Oleh itu buku  “Qanun Jinayah Syar’iyah” ini memberi manfaat dan faedah yang besar terhadap pembaca, pengkaji dan perujuk, khususnya peminat undang-undang Syar’iyah yang ingin untuk mengetahui hakikat sebenar kes-kes yang boleh didakwa dan yang dikenakan hukuman mengikut undang-undang jenayah Islam serta cara-cara penghakiman kes-kes itu. Buku setebal 514 halaman ini,   sangat baik untuk dibeli sebagai bahan rujukan.

Book
Book Author Haji Sa'id Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah)
Book Pages 613 Halaman
Book Binding Hard Cover
Write a review