Kompas Umat Akhir Zaman

Not yet rated Write a review
Price
RM 35.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKT 00125
Brand:
Telaga Biru

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Buku yang berada di tangan pembaca ini memaparkan butiran mengenai apa yang kita akan temui pada hari-hari yang akan datang. Dimulai dengan tanda-tanda kiamat yang kecil, diikuti dengan tanda-tanda kiamat yang besar, dan berlanjutan dengan pelbagai peristiwa dahsyat selepas kematian seperti pedihnya azab Neraka dan indahnya nikmat Syurgawi. Setiap perbahasan berpaksikan tujukan yang sahih dan dilengkapi dengan huraian hikmah daripada para ulama. Buku ini menggabungkan antara akidah akhir zaman dengan panduan akhlak yang dapat menyucikan jiwa dan membuka mata hati. Oleh sebab adanya keimanan dengan kehidupan selepas mati, adanya azab kubur, Syurga dan Neraka, semua ini mesti menerbitkan tingkah laku diri yang sesuai dengan peraturan Islam dan akhlak mulia. Buku ini sangat baik untuk bahan muhasabah diri atau bahan tazkirah untuk masyarakat. Harapan penulis, perbahasan-perbahasan yang tercantum dalam buku ini boleh menjadi kompas penunjuk arah bagi perjalanan umat akhir zaman menuju Allah.

Write a review