TEROWONG GAZA

Not yet rated Write a review
Price
RM 20.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKK 00076
Brand:
Kemilau Publika

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Palestin merupakan bumi kudus yang diceroboh oleh rejim Israel laknatullah. Setiap sudut bumi Gaza telah ditutup rapat daripada berhubung dengan dunia luar. Maka, dengan semangat yang kuat, umat Islam Gaza dikurniakan Allah jalan keluar bagi mempertahankan tanah air mereka. 

 

Lalu mereka membina terowong bawah tanah untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubat dan keperluan-keperluan lain lagi. Sehingga mereka dapat hidup sehidupnya seperti kita semua. Tujuan terowong ini dibina adalah untuk mempertahankan diri mereka daripada serangan kuku besi rejim Israel. Terowong ini adalah tempat mempertahankan diri daripada serangan zalim rejim Israel. Terowong ini juga merupakan strategi serangan paling dinamik. 

 

Dari segi fizikal, ketinggian terowong ini cukup-cukup setinggi lelaki dewasa berdiri tegak. Dinding dan atap diperbuat daripada konkrit. Laluan bawah tanah mempunyai keunikan yang tersendiri. Antaranya, jalan di dalam terowong ini berbentuk labirin (Iaitu sistem jalan yang berliku-liku). Manakala sesetengah jalannya pula berbentuk spiral (jalan yang berlingkaran) dan terdapat juga  jalan jaringan seperti labah-labah.

 

Selain daripada keunikan yang ada, terowong Gaza adalah kehidupan bagi umat Islam di sana. Ikuti nukilan ini bagi merasai keperitan rakyat Gaza yang tertindas di bumi sendiri. 

 

 “Sesiapa yang berkeinginan menjadi manusia paling kuat antara manusia. Maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah. Sesiapa yang mendambakan diri menjadi manusia paling mulia antara manusia. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah. Dan sesiapa yang berkeinginan menjadi manusia paling kaya. Maka hendaklah dia lebih mempercayai apa yang ada di sisi Allah, daripada apa yang ada di tangan manusia.” 

(HR al-Bukhari: 4445)

Write a review