Hijab 0% Alasan

Not yet rated Write a review
Price
RM 15.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKK 00081
Brand:
Kemilau Publika

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Tahap kesedaran menutup aurat serta menggayakan busana muslimah dilihat semakin meningkat. Oleh kerana itu, munculnya istilah Hijabista dalam pelbagai bentuk dijual di pasaran ataupun internet. Namun terdapat juga wanita berhijab tetapi tidak mengikut ketetapan syariat. Malahan memberi pelbagai alasan atas kewajipan berhijab. 

 

Sempena Hari Hijab Sedunia yang disambut setiap tahun pada bulan Februari, begitu banyak kempen dilancarkan supaya dapat memberi impak positif kepada Muslimah. Karya ini menyajikan huraian dan penerangan jelas bagi mematahkan alasan tidak munasabah yang selalu diberi oleh mereka berkaitan kewajipan berhijab ini. 

 

Penulis bermula dengan takrifanserta perihal pensyariatan hijab dan menutup aurat. Kemudian diselitkan beberapa alasan daripada mereka yang enggan menurut perintah suci ini. Pengakhirannya menceritakan diskriminasi serta tentangan Muslimah yang berjuang mempertahankan hak berhijab dan pengalaman melakukan penghijrahan dari zaman gelap kepada zaman cerah menuju agama Islam. Setiap wanita harus memiliki buku ini sebagai panduan dan matlamat kehidupan seorang Muslimah.

Write a review