• Pembentukan Jiwa

Pembentukan Jiwa

Not yet rated Write a review
Price
RM 16.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKH 00037
Brand:
Galeri Buku Harakah

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

MASA muda itu tidak akan bertahan, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat-saat remaja hanya kenangan. Jika masa remaja tidak diperguna menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di hari tua.

Masa tua segala-galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan kian menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakin lemah, keterbatasan telah melingkungi dirinya.

Dalam situasai sedemikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa merasa mudah itu amat berharga. Oleh itu mensia-siakan masa muda yang amat bererti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Demikian antara penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika menghuraikan kepentingan masa dalam kehidupan seseorang. Memandangkan usia manusia amat terbatas, masa perlu dipergunakan dengan jimat dalam usaha membentuk  nafsu dan jiwa manusia, untuk persediaan menjadi hamba Allah yang muttaqin.

Buku yang diberi judul ‘Pembentukan Jiwa’ ini mengupas secara terperinci tentang kewajipan insan mengawal nafsu dan jiwanya dari dicemari oleh sifat-sifat yang negatif.

Write a review