Nota Untuk Anakku (Edisi Kemaskini)
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- BKC 00083
- Brand:
- Pustaka Cahaya Kasturi
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Buku ini memaparkan nasihat yang sebenar dan penuh dengan hikmah daripada Dr Zulkifli al Bakri kepada anaknya yang bernama Muhammad Hasanain.
Buku ini bukan hanya mengisahkan nasihat yang biasa tetapi ia merupakan nasihat yang luar biasa. Yang memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang membacanya.
Antara kisah suri tauladan yang ada dalam buku ini.
Pemilik buku Tabaqat al-Hanabilah dalam biografi Abdul Ghani al-Maqdisi, seorang pakar hadis yang agung dan terkenal dengan bukunya yang bertajuk al-Kamal fi Asma’i al-Rijal, iaitu buku tentang para periwayat hadis yang belum pernah ditulis seperti itu, Mengatakan bahawa al-Maqdisi pernah dipenjarakan bersama dengan orang-orang kafir.
Pada suatu malam, Abdul Ghani al-Maqdisi bangkit dari tidur, lalu mengambil wuduk untuk melaksanakan solat dua rakaat. Apabila wuduknya sudah kering, maka dia berwuduk lagi, lalu dia sembahyang dua rakaat, membaca al-Quran dan menangis sehingga fajar menyingsing.
Sementara itu, orang-orang kafir tersebut menyaksikan pemandangan yang sangat menakjubkan ini. Tatkala di pagi harinya, para tahanan itu pergi mendatangi pengawal penjara lalu berkata: “Lepaskanlah kami kerana kami sudah beriman kepada Allah SWT.” Pengawal penjara itu bertanya:
“Mengapa?” Mereka mengatakan: “Suatu malam berlalu dengan sebuah peristiwa, kami tidak pernah menyaksikan peristiwa seperti itu selama ini, bahkan kami beranggapan hari kiamat bakal tiba, tatkala kami melihat apa yang berlaku, tiba-tiba kami melihat lelaki ini sedang solat dan menangis.
Tags:
Book | |
---|---|
Book Author | S.S Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Book ISBN | 97896672028161 |
Book Pages | 136 Halaman Bercetak |
Book Binding | Kulit Nipis |