Buku ini mengungkapkan juzuk-juzuk pengalaman sekumpulan rakyat Malaysia yang pernah 'hinggap' di Korea Selatan. Kisah-kisah yang berlaku di
Korea Selatan ini dikumpulkan bagi membenarkan tanggapan bahawa setiap
peristiwa yang berlaku mempunyai hikmah dan manfaat.
Perbezaan
budaya, agama, pemikiran dan geografi adalah aset untuk dikongsikan
dengan para pembaca di Malaysia khususnya tentang Korea Selatan.
Menariknya, setiap penulis mengungkapkan variasi pengalaman dengan
bahasa yang jujur, santai, dan menyelitkan nilai tarbiah Islam.
Menampilkan 4 penulis yang berbakat iaitu Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad.
Semoga pembaca dapat mengambil nilai-nilai baik yang boleh dijadikan iktibar dari kisah mereka. Selamat 'mengembara' ke Korea.