Senyumlah 3

Not yet rated Write a review
Price
RM 18.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKV 00003
Brand:
VI Venture

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Manusia merupakan makhluk yang mulia di sisi Allah, lantaran itu, ketaqwaannya menjadikan ia akan menjadi lebih mulia dan lebih hebat. Namun, kehebatan manusia bukan terletak kepada apa yang ia miliki, namun sejauh mana sesuatu yang dimiliki itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Bukanlah seorang yang kaya, andainya orang miskin tidak boleh menumpang hartanya, demikianlah bukan seorang yang alim, andainya si jahil tidak boleh menumpang ilmunya.

Umumnya manusia tidak suka dimarahi, tetapi ia suka dinasihati. Jesteru, lahirnya cara menegur atau menasihati seseorang dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Penceritaan adalah satu cara bagi mendidik manusia. Maka apa yang penting bukan sesuatu kisah yang diutara, tetapi apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah tersebut.

Dalam siri Senyumlah 3 ini, saya mengemukakan pelbagai kisah yang bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengambil manfaat dari kisah tersebut. Terkadang kisah tersebut hanyalah rekaan semata-mata bagi menyesuaikan dengan pengajaran yang ingin diutarakan. Namun, tidak kurang juga kisah yang berlaku dan diolah semula bagi memudahkan pemahaman kepada pembaca, knususnya di kalangan anak-anak.

Saya mengharapkan siri Senyumlah 3 ini yang dipersembahkan dalam bentuk penceritaan dan pengajaran di sebaliknya mampu memberi suatu motivasi dan nasihat yang berguna kepada pembaca. Kesemua kisah ini adalah himpunan penulisan cerita dalam Facebook yang ditujukan buat pembaca, khususnya anak- anak yang sering-kali mengikuti penulisan ini.

Write a review