Sebab Hadis Diucapkan Oleh Rasulullah
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- BKK 00091
- Brand:
- Kemilau Publika
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
- Rasulullah menafikan keislaman orang yang menipu
- Rasulullah melarang makan bawang putih
- Rasulullah menyuruh untuk menolong orang yang zalim
Mengapakah Rasulullah SAW menyebutkan hadis-hadis di atas? Apakah latar belakang kisah yang berlaku sehingga menyebabkan Rasulullah bertutur seperti itu? Adakah kenyataan itu boleh diambil mentah-mentah tanpa melihat situasi yang berlaku pada zaman Rasulullah? Al-Imam as-Suyuti (911H) telah menghabiskan sepenuh kehidupannya di dalam medan ilmu dan penulisan sehingga beliau berjaya menghasilkan kitab yang mencecah ratusan judul. Beliau juga menulis tentang latar belakang hadis-hadis Nabi SAW bagi memudahkan umat Islam untuk memahami situasi yang berlaku di dalam beberapa hadis Rasulullah SAW. Ia sangat penting kerana latar belakang memberi kesan kepada kaedah penentuan hukum-hakam di dalam agama. Buku ini mempunyai 11 bab. Antaranya ialah isu Taharah, Solat, Perkahwinan, Jenayah, Jual Beli, Sembelihan, sehinggalah isu Adab. Ia diterjemahkan sepenuhnya ke dalam bahasa Melayu.
Book | |
---|---|
Book Author | Imam As-Suyuti |
Book ISBN | 9789673611676 |
Book Pages | 137 Halaman |