Berdialog Dengan Jin Islam
- Availability:
- Sold Out
- Product Code:
- BKJ 00001
- Brand:
- Hijjaz
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Suatu hari, ketika saya menjadi pemimpin Masjid Al-Malik di Hada’iq Al-Qubbah, sementara imam dan pengajarnya ialah Syaikh
Abdul-Hamid Kisyik, salah seorang guru yang saya hormati – terjadi suatu peristiwa aneh. Satu gadis jin telah memasuki jasad seorang gadis
manusia. Kedua-dua mereka adalah muslimah. Kejadian gadis berlaku di hadapan mata saya dalam keadaan yang tidak diragukan sama
sekali, Sejak itu, pengalaman saya mengenai keanehan dunia ghaib terus bertambah. Bahkan, ada yang tidak mampu digambarkan oleh
sesiapa.
Selepas beristikharah kepada Allah untuk menulis buku ini, Allah memberikan kehendak-Nya sehingga saya dapat berhubung dengan satu
jin muslim. Sebelum ini, jin itu kafir. Tetapi kemudian Allah memuliakannya dengan Islam. Walau bagaimanapun, saya memohon maaf
kerana tidak mendedahkan cara pertemuan kami kerana pada pandangan saya perkara itu tidak mendatangkan manfaat yang boleh
dikongsi.
Jin yang saya maksudkan ini berasal daripada keluarga Konjur dan memilih nama Musthafa sebagai nama Islamnya. Boleh dikatakan semua
persoalan mengenainya adalah sangat ganjil. Jadi, sebaiknya kita bersangka baik sahaja.Dalam pelbagai pertemuan dan dialog yang terjadi
antara saya dan dia, saya telah bertanya ratusan soalan dan mengajaknya berbincang mengenai pelbagai masalah. Beliau juga pernah
menunjukkan di depan mata saya pelbagai keajaiban yang dikhususkan oleh Allah kepada makhluk sepertinya. Apabila beliau mula yakin
dengan persahabatan kami, beliau beberapa kali berkata kepada saya, betapa banyaknya perkara yang selama ini diyakini secara keliru oleh
manusia. Saya bermohon kepada Allah supaya buku ini bermanfaat bagi setiap muslim dan bakal menjadi jalan hidayah buat mereka yang
sesat dan dimurkai Allah.
- Muhammad Isa Dawud -