Aduhai Isteri

Not yet rated Write a review
Price
RM 18.00
Availability:
Product Code:
BKA 00079
Brand:
Alaf 21

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Bukan bertujuan mahu membakar semangat perkauman. Bukan juga untuk menegakkan benang yang basah mahupun melancarkan perang antara gender. Justeru, jika berlaku Perang Dunia di mana-mana, jangan salahkan ADUHAI ISTERI. Jangan ada sesiapa yang menyangka bahawa hadirnya ADUHAI ISTERI ini adalah untuk menggalakkan pertelingkahan antara suami dan isteri atau sengaja membesar-besarkan jurang perbezaan. ADUHAI ISTERI sekadar berkongsi kisah agar sama-sama dapat memperbaiki diri.

Dalam sesebuah perhubungan, kita harus berterus terang tidak kira sebagai suami, isteri mahupun kekasih. Jangan simpan keburukan di bawah karpet kerana sikap itu lama-kelamaan hanya akan membikin karpet bertukar reput.

ADUHAI ISTERI adalah semata-mata kompilasi kisah pengalaman suka duka, pahit manis yang melibatkan orang biasa dan diceritakan semula oleh orang biasa. Yang menjadikannya luar biasa hanyalah kerana cerita-cerita biasa ini diberi perhatian yang luar biasa.

Antara pengisian menarik:

• Henti buli isteri pada bulan puasa
• Hikmah bau ketiak lelaki
• Jangan belajar bahasa Inggeris daripada isteri
• Lelaki curang lebih cepat mati
• Janggut suami suburkan isteri
• Wanita makin berumur makin hot
• Solat Jumaat pada hari Khamis
• Apabila orang kampung saya ‘speaking’
• Rumitkah berurusan dengan wanita
• Kisah kasut koyak

Write a review