Sangat terkesan bila anak-anak tahfiz dihina

Sangat terkesan bila anak-anak tahfiz dihina />

SATU kerugian besar dalam hidup yang saya sesali ialah kerana saya tak hafal 30 juzuk al Quran. Seorang pemimpin gerakan Islam macam saya selayaknya 30 juzuk al Quran ada dalam dada. Tapi ini antara kekurangan.

Saya sekolah kebangsaan, pengajian menengah di sekolah agama Kerajaan Negeri Terengganu, masuk Universiti Malaya sekejap sebelum merantau ke Baghdad. Di Baghdad saya cuba untuk hafal Quran sedaya yang dapat. Tak dapat semua 30 juzuk. Tak boleh semua kita tak tinggal semua.

Sekarang saya Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Ma'ahad Tahfiz Matla'in Badrin, Jabi. Biarlah cita-cita kita yang tak kesampaian nak jadi hafiz diteruskan oleh anak-anak. Mudah-mudahan nanti anak-anak yang hafal Quran tolong berdoa untuk kita.

Sangat terkesan rasa terkilan saya bila anak-anak tahfiz dihina. Mereka tak pernah minta makanan dari saya sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah sebuah Maahad Tahfiz. Apatah lagi dari tuan-tuan yang tak pernah tanya khabar hal mereka. Lalu kenapa tuan hina mereka? Mereka tak pernah ganggu tidur tuan dan tak pernah menyusahkan kehidupan tuan. Kenapa terlalu benci kepada mereka? Saya perlukan jawapan yang tulus dari hati.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat