Dia Secret Admireku!

Not yet rated Write a review
Price
RM 23.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKA 00106
Brand:
Kaki Novel

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share



Bahagia yang baru bersinar kembali suram bila kembar suaminya, Faiz meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kakaknya, Nadia hilang ingatan. Wajah seiras Ayie membuatkan Nadia menyangka Ayie itu suaminya dan Emy terpaksa menahan hati demi melihat Nadia kembali pulih sepenuhnya. Emaknya pula mengugut dan memaksanya supaya melepaskan suaminya, Ayie demi melihat Nadia kembali sihat seperti dulu.

Emy terpaksa dalam rela demi sebuah rahsia yang tersimpan selama ini. Apakah rahsia yang tersimpan selama ini? Benarkah Emy anak kandung Khadijah?

“Hah, termenung apa lagi tu? Kalau nak mengelamun bukan kat sini. Baru tinggal beberapa bulan kat KL tu dah tak tahu nak buat kerja rumah. Dah pandai nak tunjuk malas depan aku. Cepat habiskan kerja tu! Banyak lagi kerja yang menanti, jangan ingat nak duduk senang aja!”

Emy terus membisu. Namun tangannya semakin laju mengemas apabila dirinya ditengking begitu. Usai membasuh pinggan mangkuk di dapur, dia bergegas pula ke ruang tamu. Segala tugas diletakkan di bahunya sendiri.

Mak Jah menghilangkan diri sebaik sahaja dia mengemas ruang tamu. Entah ke mana perginya, tidak dikahabarkan. Emy mengambil peluang itu dengan berehat sebentar, melepas lelah dan sesak di dadanya.

Sekilas, wajah Ayie yang sedang mengenyitkan matanya terbayang di mata. Emy tersenyum sendirian dan tanpa disedarinya Mak Jah sedang memerhati.

“Ooo... ini kerja kau, Emy. Pantang aku hilang sekejap, kau ambik peluang. Kau ingat, kau boleh hidup senang selepas kahwin nanti? Nak lari daripada aku, kau pikat jantan kaya. Dah gatal sangat nak menikah kau ni. Eeee...geramnya aku!”

Emy terkesima, tidak menyedari dirinya diperhatikan. Tapi kata-kata Mak Jah begitu menghiris tangkai hatinya. Mengapa begitu sekali kata-kata itu yang terluah daripada seoarang emak? Tidak pernah dia menawarkan cintanya kepada lelaki kaya. Cinta Ayie kepadanya juga tidak berbalas inikan pula ingin memikat anak orang kaya. Siapa agaknya lelaki kaya yang dimaksudkan oleh emaknya itu.

“Akanku tawan hatimu bak salju itu. Biar cair dan menjadi bah di lautan kasihku….”

Write a review