Persoalan Fiqh Wanita

Not yet rated Write a review
RM 5.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKH 00043
Brand:
Galeri Buku Harakah

Share

Tanggungjawab dan kewajiban beriman dan beramal terhadap Allah SWT tidak hanya tertakluk kepada kaum lelaki sahaja. Wanita turut diwajibkan untuk beriman dan beramal kepada Allah SWT. Dalam Islam, wanita dan lelaki (Islam) mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama untuk beriman terhadap Allah SWT. Allah telah menegaskan dalam firmannya dalam surah Al-Nisa’ ayat : 124 bermaksud: “Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.”

Bagaimanapun, Islam telah menetapkan peraturan dan syarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi oleh kaum wanita. Antaranya, batasan aurat; larangan ketika wanita berada dalam hadas besar dan sebagainya. Wanita Islam memang mempunyai masalah yang lebih banyak berbanding dengan lelaki. Sebab itu, banyak buku-buku berkenaan persoalan wanita telah diterbitkan bagi merungkai segala permasalahan yang berlingkar dalam kehidupan wanita.

Buku `Persoalan Darah Wanita’ mengandungi persoalan yang berkait dengan kehidupan seharian wanita khsusunya ketika mereka sedang dalam keadaan datang haid, nifas dan keluar darah penyakit (istihadhah). Buku ini hasil terjemahan daripada buku Fatwa-Fatwa tentang Wanita yang dilengkapi dengan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah. Jawapan segala persoalan berkaitan dengan darah wanita ini kebanyakkannya disandarkan dengan ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Write a review