-30%

Pencarian Haji Mabrur

Not yet rated Write a review
RM 25.90 RM 18.13

You save RM 7.77

Availability:
In Stock
Product Code:
BKJ 00024
Brand:
Hijjaz

Share

SINOPSIS 

Ibadah haji merupakan impian setiap umat Islam. Menunaikan rukun Islam yang kelima pastinya telah terpateri didalam jiwa setiap umat Muhammad tetapi ramai yang tidak sanggup untuk menyahut cabaran haji. Cukup ramai umat Muhammad yang tidak berani untuk melakukan hijrah ini. Mengapa perkara ini berlaku, sedangkan kita mengimani Allah sebagai pencipta kita dan kita meyakini insan bernama Muhammad itu rasul Allah.

Begitulah dengan kisah hidup penulis yang cukup liat dan takut untuk menyahut cabaran haji. Perasaan penulis yang sentiasa dihambat dengan dosa-dosa silamnya dan tidak begitu yakin untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Bagaimana penulis mendapat kekuatan untuk menyahut cabaran haji, Dari mana penulis mendapat hidayah untuk menyisih kisah silam yang sering menghantuinya. Buku ini akan merungkai segala-galanya.

Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan yang menuntut matahati memainkan peranan sewaktu membacanya. Banyak kisah-kisah yang dipaparkan mampu menjadi pengajaran buat kita semua dalam melayari bahtera kehidupan. Pengalaman penulis selama 40 hari ditanah haram yang mungkin boleh mencairkan keegoan diri. Keegoan  yang selama ini memerangkap diri tanpa kita sedari.

 

Write a review