Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah

Not yet rated Write a review
Price
RM 20.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BPF 00017
Brand:
Dewan Pustaka Fajar

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

For Kad Istiqamah member, please provide membership number upon checkout.

Share

Susunan bahasa di dalam buku ini amat mudah. Setiap kalimah yang tercatat merupakan ungkapan dari apa yang diingini oleh beliau. Tidak memberat-beratkan dan tidak terlalu mendalam. Tetapi anda boleh memahami apabila membacanya. Maksud yang disampaikan dapat diterima dengan lafaz dan kata-kata yang mudah. Anda tidak perlu bersusah-payah melainkan hanya membaca dan terus ber’amal.

Sesungguhnya buku “Bekalan Di Sepanjang Jalan Da’wah” ini adalah pendamping yang terbaik untuk mereka yang ingin mencari penunjuk jalan dan mengesan tempat jejak-langkahnya. Dari buku “Bekalan Sepanjang Di Jalan Da’wah” ini anda akan dapat mengetahui jalan Allah yang selamat untuk diikuti, agar anda tidak terpesong dari jalan yang sebenar. Sebelum anda berada jauh dari jalan yang benar dengan sangkaan anda masih berada di jalan benar.

Buku “Bekalan Sepanjang Di Jalan Da’wah” membolehkan anda mendapatkan bekal apa yang diperlukan untuk mengharungi jalan yang menyampaikan kepada matlamat yang dicita-citakan; Allah adalah matlamat kami. Tiada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dengan buku ini anda bersama dengan Ustadh Mustafa Masyhur untuk berpuasa, sembahyang, menunaikan haji dan berzakat. Bukanlah untuk mencari hikmah di sebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam. Tetapi tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah.

Saya tidak katakan kepada anda; carilah hikmah pada setiap perintah Allah, agar dapat dilaksanakan suruhan itu tanpa ragu-ragu. Sebaliknya, tunaikanlah rukun-rukun itu sepertimana yang diperintahkan sehingga anda merasai lazat dengan ketaatan dan perlaksanaan perintah; Allah akan membuka kepadamu pintu-pintu hikmah yang dapat menambah ketenangan kepadamu.

Umar Al-Tilmisani Rahimahullah (Sumber: http://dakwah.info/utama/buku-tarbiyah/muqaddimah/)


Book
Book Author Al-Imam Hasan Al-Banna (Rukun Faham)
Book ISBN 9789678300827
Book Pages 254 Halaman Bercetak
Write a review