Tarbiah Sentap 2

Not yet rated Write a review
Price
RM 25.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BSP 00006
Brand:
Sentap Press

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Tarbiah Sentap 2 terus terang tanpa berselindung. Buku Tarbiah Sentap 2 adalah sambungan dari buku Bestseller Tarbiah Sentap 1 yang terjual sebanyak 70,000 naskhah!

Kini tampil dengan konsep membelai & memberi harapan buat mereka yang putus asa. Tarbiah Sentap 1 mengulas isu sosial, hiburan, taubat dan dakwah.

Kali ini penulis bestseller Adnin Roslan membawa isu-isu sentap yang berbeza termasuk isu hakikat cinta, isu kekeluargaan dan persahabatan serta isu akhlak.

"Belaian itu kadang-kadang mampu menyentap jiwa dan hati-hati yang hidup, agar mereka yang putus asa, kembali bangkit menjadi singa."


Untuk siapakah buku TARBIAH SENTAP ini?

  1. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.
  2. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari.
  3. Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa, ajal boleh datang bila-bila.
  4. Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.
  5. Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu memppunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.
  6. Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan, taubat adalah fardhu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia...
  7. Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, apakah cara untuk meninggalkannya.
  8. Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.
  9. Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci.
  10. Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.
Book
Book Author Adnin Roslan
Book ISBN 9789671349830
Book Pages 181 Halaman
Write a review