40 Prinsip Agama Penyucian Rohani Untuk Meraih Akhlak Terpuji

Not yet rated Write a review
Price
RM 25.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKA 00335
Brand:
Al-Hidayah

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Sinopsis
Pintu-pintu kebahagiaan adalah ilmu dan amal. Kuncinya pula adalah kesungguhan dan tafakur. Sesungguhnya, jika orang bodoh melatih hatinya dan menguatkan jiwanya, kadangkala akan menemui sebahagian kedalaman ilmu jua. Akan tetapi, dia mendapatkannya hanya sedikit dalam tempoh yang lama, sehingga tidak mampu mendapat pengetahuan yang sepatutnya kecuali dengan hati yang bening seperti cermin yang bersih. Perkara itu dengan fitrah yang kuat dan tujuan yang benar. Kerana tabiatlah yang menghalang hati untuk mengenal Allah. Sesungguhnya Allah membatasi antara seseorang dengan hatinya.

Empat perkara dibahas di dalam buku ini iaitu:
1. Prinsip Ilmu
2. Amal Lahiriah
3. Membersihkan Hati dan Akhlak Yang Tercela
4. Akhlak Terpuji

Keempat perkara ini dibahaskan dan di bawah setiap perkara itu ada 10 prinsip agama ke arah menyucikan hati dan mendapatkan akhlak yang terpuji.

Membicarakan tentang prinsip kehidupan yang syumul, ruang perbahasannya adalah sesuai untuk semua peringkat pembaca. Bukan sahaja memperolehi ilmu malah ilmu itu juga dapat kita kongsikan bersama saudara-saudara dan rakan-rakan kita. Semoga dalam setiap titis ilmu yang kita teguk ini akan sentiasa mendapat keberkatan Allah S.W.T. Dan semoga Allah sentiasa meneguhkan iman kita. Amin.


Book
Book Author Imam Al-Ghazali
Book ISBN 9789670267593
Book Pages 386 Halaman
Write a review