Cinta Multazam

Not yet rated Write a review
Price
RM 22.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BIP 00033
Brand:
Inteam Publishing Sdn Bhd

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Sejak dari zaman sekolah lagi sehingga bergelar mahasiswi UIA, Auni Nuha tidak member ruang kepada mana-mana pemuda untuk bertakhta di hatinya. Ini kerana prinsipnya sebagai wanita muslimah perlu menjaga batas-batas syariat terutama dalam hubungan dengan lelaki bukan muhram. Namun, sejak pertemuan dengan Imad,pelajar UIA,warga Saudi yang fasih berbahasa melayu, dalam teksi tempohari telah membuka ruang persahabatan yang suci.

Dalamnya keyakinan Imad tentang jodohnya mengganggu prinsip Nuha. Tika mencari petunjuk siapa jodohnya, hadir Nuruddin, pemuda Selatan Thai diikuti Mohd. Adli. Ketika hubungannya dengan Imad direstui ibubapanya, Hj Mustafa dan Hajjah Naemah, tiba-tiba Imad memutuskan khabar. Lalu Nurudin menyampaikan maksud hati. Nuha menerimanya. Namun, hatinya kembali tersayat sedih bila mana Nuruddin, dikhabarkan mati dalam letupan bom di Selatan Thai tanpa ditemui mayatnya.

Dia ingin menjadi seperti Saidatina Khadijah, isteri Rasulullah SAW. Apa sahaja ujian yang dating akan diharunginya dengan sandaran kuat pada Allah SWT. Lalu bersama keluarga, Nuha mencari kekuatan ruh di Mekah dan Madinah. Namun peristiwa diganggu pemuda arab di padang pasir telah membuka lembaran memoir lama. Yang akhirnya menemukan Nuha dengan si dia. Siapakah jodoh Nuha yang sebenarnya? Bagaimana kehidupan Nuha selepas berkahwin itu? Adakah dia terus mengecapi bahagia atau diuji dengan pelbagai konflik rumahtangga?


Book
Book Author Razifatun Nur
Book ISBN 9789670326351
Book Pages 502 Halaman
Write a review