Aku Bukan Nabi

Not yet rated Write a review
Price
RM 30.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BAQ 00001
Brand:
Aqada International Sdn Bhd

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

For Kad Istiqamah member, please provide membership number upon checkout.

Share

AKU BUKAN NABI : SEBUAH NOVEL BERTEMA CINTA YANG LIMA.

Tentang cinta.

Bila hati, bibir dan lidah kita berkerjasama menuturkan kalam yang membicarakan tentang cinta, sudah pasti suara kita akan menghasilkan melodi yang berjuta variasi makna yang membawa maksud tersendiri.

Mungkin ada yang akan kata cinta itu sesuatu yang membahagiakan, namun benarkan begitu? Ada juga yang akan bilang bahawa sebenarnya cinta itu menyesakkan jiwa dan rasa? Benar?

Oleh itu, saya ingin menghasilkan sebuah novel yang berbicara tentang cinta tetapi bukan berdasarkan pendapat saya yang langsung tidak maksum; lagi memarahkan, fakta bahawa si penulis yang bersama jari-jarinya menaip aksara kata ini mempunyai juta dosa dan noda.

Lalu akanku nukilkan ini berdasarkan apa? Ini berdasakan Kalam Tuhan dan Sabda baginda.
Ya, ini tentang Tuhan dan Rasul junjungan kita.

#AkuBukanNabi, sebuah cerita yang disusun kemas dalam nukilan novel. Novel yang bertema cinta yang lima. Bukan cerita cinta yang biasa tetapi ianya tentang cinta yang agung berserta dengan cinta dunia yang fana. Apakah cinta yang lima itu?

Cinta Ilahi,
Cinta Nabi,
Cinta Ummi,
Cinta Sahabat Sejati,
Cinta Ajnabi.

5 cinta ini akan menjadi tema hidup seorang jejaka bernama Ameer Islam. Bagaimana dia bergelut dengan jahiliahnya dan kerak busuk dosa nodanya itu membelenggu dirinya daripada melihat hakikat sucinya cinta empat yang pertama; iaitu cinta Ilahi, Nabi, Ummi dan sahabat sejatinya iaitu Abrar & Adnin.

Cintanya yang kelima itulah parasit. Bukan berdua, tetapi bertiga. Makhluk ketiga itu bukan insani, tetapi makluk laknat yang dicipta daripada api. Jika ditanya Ameer, mengapa sanggup tinggalkan empat demi satu cinta sahaja. Mengapa Ameer, mengapa?

Jawabnya mudah dengan muka bersahaja,

"Kerana AKU BUKAN NABI! Dah, jangan acah alim nak tegur aku! Blah..."

Apakah Quran yang dihafaznya sedari kecil itu menjadi syafaat atau laknat? Apakah dia mampu untuk mencintai Ilahi dan Nabi sepertimana selayaknya seorang hamba dan umat lakukannya? Perempuan yang dibedah perutnya untuk melahirkan seorang Ameer Islam, apakah dia akan mendapat cinta anaknya itu semula? Apakah Ameer mampu untuk menghargai sepenuhnya cinta sahabat sejatinya yang bersama susah dan senang, yang mencintai ikhlas kerana Ilahi dan Nabi iaitu Abrar dan Adnin?

Dan, sanggupkan dia abaikan cinta yang kelima yang menjadi punca hilang segala empat cinta itu? Nantikan novel bertema cinta yang lima, iaitu #AkuBukanNabi!

Sebelum saya menutup bicara dalam pos ini, saya nak bagi teaser 5 bab pertama Aku Bukan Nabi kepada kalian. Tetapi bukan dalam masa yang terdekat, inshaAllah dalam bulan Februari 2017 juga. Caranya mudah, komen di bawah nama kalian serta dua nama SAHABAT SEJATI kalian, lalu tag akaun mereka berserta 3 email peribadi kalian (1 anda + 2 kawan anda). InshaAllah team saya akan email 5 bab pertama kepada ketiga-tiga email yang disertakan inshaAllah.

Sahabatku sekalian, moga karya saya ini Allah redha dan mampu jadi asbab hidayah kepada umat. Amin...

Moga Allah redha,
Moga kita dikurnia Syurga.

Amin!

Hamba Tuhan,
bernama Aiman.


Book
Book Author Aiman Banna, Nuridhzuan
Book Pages 367 Halaman
Book ISBN 978-967-147-532-4
Write a review

Latest Products