Kuasa Perundangan Islam
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- DUPP 00001
- Brand:
- Dewan Ulama Pas Pusat
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Mengikut Islam pembentukan undang undang itu mempunyai dua makna, pertama "mewujudkan nas undang-undang asal" kedua "mengeluarkan nas undang-undang yang baru", dipetik dari nas-nas yang sedia ada.
Pembentukan undang-undang dengan makna yang kedua adalah dilaksanakan oleh Khulafa' ar-Rasyidin dan Mujtahidin dari golongan sahabat, tabi'in dan mereka yang selepasnya hingga ke zaman ini dan zaman-zaman berikutnya, selama mereka berkelayakan dalam menjalankan tugas tersebut.
Sekarang ternyata bahawa pembentukan undang-undang mengikut makna pertama adalah pembentukan undang-undang mengikut dasar. Undang-undang Dasar Islam ialah nas-nas yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Yang memiliki kuasa mewujudkan nas tersebut ialah Allah SWT sahaja. Caranya ialah melalui Rasul-Nya Muhammad SAW sama ada secara lansung (seperti nas al-Quran) atau secara tidak lansung, seperti nas-nas as-Sunnah. Adapun kuasa perundangan Islam dengan makna yang kedua itu pula adalah dipertanggungjawabkan kepada para mujtahidin Islam dan dengan makna inilah yang dimaksudkan dengan tajuk 'Kuasa Perundangan Islam'.