Aqidatun Najin
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- BKA 00295
- Brand:
- Al-Hidayah
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi.
Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin
Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti
yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang
berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.
Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu
Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Buku ini amat berguna bagi semua pencinta
ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini
telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan
pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan
untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.