30% OFF

Fiqh Al Mizan (Hard Cover)

Not yet rated Write a review
Price
RM 75.00 RM 52.50

You save RM 22.50

Availability:
In Stock
Product Code:
BKT 00355
Brand:
Telaga Biru

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

For Kad Istiqamah member, please provide membership number upon checkout.

Share

Fiqh al-Mizan bermaksud mengetahui dan memahami bahawa setiap benda dan perkara itu mempunyai timbangannya yang khusus. Apabila sesuatu benda atau perkara ditimbang tidak mengikut sukatannya, maka timbangan itu akan menjadi tidak sekata dan berlakulah kecacatan pada mizan.

Buku ini merangkumi tiga bab melalui dasar kitab; Menghuraikan definisi Fiqh a-Mizan, dalil pensyariatan, kedudukan dalam ranking ilmu serta sejauh mana status baharu ilmu ini sama ada ia sudah wujud sejak zaman salaf: Membahaskan perlaksanaan dan pengaplikasian Fiqh al-Mizan terhadap waqi’ (realiti); dan Membahaskan empat bentuk pelaksanaan nas-nas al-Quran pada Mizan Perdaimaian dan Mizam Peperangan secara amali

Mengenai Penulis

Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al-Qarah Daghi berasal daripada keluarga berilmu yang nasab keturunanya daripada Sayidina al-Husain. Beliau dilahirkan pada tahun 1949 di bandar al-Qarah Daghi, Kurdistan, Iraq. Beliau Bergelar Profesor pada tahun 1995. Kebanyakkan ulama semasa mengakui dan mengagumi kepakaran beliau dalam bidang fiqh. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas, teliti dan menguasai fiqh muamalat dan ekonomi Islam.

Book
Book Author Author: Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al-Qarah Daghi | Translator: Fauwaz Fadzil Noor
Book ISBN 9789673884902
Book Pages 432 Halaman Bercetak
Write a review