Ada Syurga Di Rumahku
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- BAR 00003
- Brand:
- Alam Raya Enterprise Sdn Bhd
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Ada ungkapan yang menyebut: "Jika ada syurga di dunia, itulah keluarga
yang bahagia. Dan jikalau ada neraka di dunia, itulah keluarga yang jauh daripada kedamaian." Justeru dengan penampilan buku ini, penulis ingin
menghadirkan syurga itu untuk masuk ke dalam rumah-rumah kita dan
mengusir semampu mungkin panasnya bahang api neraka daripada rumah-rumah kita.
Sesungguhnya jalan ke syurga begitu mudah jika benar-benar menuruti
perintah Allah, tetapi ramai manusia gagal menemui jalan yang telah
ditunjukkannya, malah tidak tahu jalan untuk arah ke sana. Adakalanya
tersesat dalam perjalanan oleh tipu daya syaitan yang tidak berhenti
menyanyikan irama dan lagu pengkhianatan.
Maka, untuk membantu setiap para ibu bapa serta anak-anak agar
terselamat daripada kesesatan yang diperkenalkan oleh musuh manusia yang bernama syaitan, maka buku "Ada Syurga Di Rumahku" ini berusaha
memacakkan tiang-tiang petunjuk arah jalan ke syurga dunia dalam buku
yang padat ini.
Dengan gaya bahasanya yang mudah dan menarik, penulis yang berstatus
pendakwah berpengaruh terkenal ini meracik tip-tipnya yang praktikal
bagi setiap Muslim untuk dapat membangun syurga di dalam rumah tangga
masing-masing.
Antaranya mencakup ibadah berjemaah, berbakti kepada ibu bapa, mendidik
anak-anak dengan kasih sayang dan menjauhi akhlaq buruk. Ini kerana
cinta dan kasih sayang adalah kunci daripada semua yang disebut tadi.
Penulis telah menyediakan tapak untuk membina syurga dalam rumah tangga
keluarga Muslim menerusi 16 bab secara praktikal, agar ia dirasakan satu pendekatan yang sempurna dalam segenap perbahasan yang dibicarakan.
Penulis memulakan perbincangan mengenai kenikmatan nilai sebuah keluarga yang dibangunkan atas dasar kebenaran agama.
Kasih sayang menjadi alat yang digunakan untuk berinteraksi sesama
anggota keluarga. Segenap anggota seperti ayah, ibu dan anak-anak
mempunyai peranan dan tanggungjawab.
Tags:
Book | |
---|---|
Book Author | Amru Khalid |
Book ISBN | 9789675688256 |
Book Pages | 335 Halaman |