Sungguh ... Meniti Masa Berbaki ibarat berhenti sejenak di simpang
empat, menanti lampu merah bertukar hijau dan diteruskan perjalanan ke
destinasi. Jarang benar kita terpaksa menunggu dua kali di persimpangan
yang sama pada detik yang sama kecuali trafik begitu sibuk sekali.
Barangkali perjalanan ini merupakan perjalanan terakhir. Ia terhenti
apabila tiba satu detik, denyut nadi terhenti dan kita dikapankan untuk
berhijrah menuju alam kubur. Kemudian kita dibangkitkan, menghadap Allah SWT dan dizinkan terus memasuki syurga tanpa dihisab. Ia impian tanpa
pilihan. Tiada siapa yang mahu menunggu lama dan akhirnya dihumban ke
neraka yang panas membara.