Al-Quran atau sunah Rasulullah saw
dilengkapkan bukan sahaja dengan penetapan akidah, syariah dan akhlak,
bahkan dieselitkan juga dengan kisah-kisah menarik yang penuh dengan
pengajaran dan panduan bagi kehidupan manusia. Ia adalah kisah-kisah
teladan dan panduan terbaik kerana matlamatnya memperbaiki jiwa menusia
dengan cara yang indah dan mudah difahami oleh semua peringkat. Ia juga
memaparkan contoh-contoh dan watak-watak orang terdahulu yang paling
baik ada dalam sejarah manusia supaya dijadikan ikutan dan boleh
diteladani akhlak serta perjalanan kehidupan mereka.