Ilmu tafsir al-Quran ialah satu ilmu yang
sangat penting dan mulia, kerna ia berkaitan dengan Kitab Allah yang
paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu
adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang
diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab
Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh dua Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahlli (791-864) Hijrah)
dan muridnyam Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah). rahimahumallahu
ta'ala.
Sejak zaman pengarangnya masih hidup, iaitu pada kurun
ke-9 Hijrah, sehingga kini, buku karangan mereka sangat terkenal di
seluruh dunia Islam. Antara kelebihan buku mereka berdua ialah mereka
telah memilih tafsiran yang paling sahih pada ijtihad mereka berdua
untuk dimuatkan dalam kitab mereka, tanpa menyebut pandapat-pendapat
lain, lalu buku mereka bersifat ringkas, padat dan sudah memadai untuk
dijadikan wasilah memahami al-Quran. Berdasarkan kitab Tafsir
al-Jalalain tersebutlah, buku ini disusun dengan ciri-ciri berikut;
- Beberapa tajuk penting tentang tafsir al-jalalain dan Surah Yasin dibahaskan dalam pendahuluan buku ini secara ilmiah.
- Terjemahan perkata, iaitu setiap perkataan dalam setiap ayat
diterjemahkan berdasarkan makna asalnya. Jika makna asalnya pelbagai,
maka makna yang dipilih oleh Imam al-Jalalain rhm akan diutamakan.
- Semua penjelasan bahasa, nahu, sorof, balaghah, qiraat dan sebagainya
diasingkan dan disebutkan dalam notakaki, supaya pembaca awam tidak rasa terbeban dengan maklumat-maklumat tersebut.
- Hadis-hadis yang ada dalam Tafsir al-Jalalain disebutkan takhrijnya dalam ruangan notakaki.
- Diakhir tafsir sesuatu kelompok ayat, terdapat mafhum kelompok ayat
terbabit, supaya pembaca dapat memahami kandungan ayat-ayat tersebut
dengan lebih mudah dan jelas, sebagai rumusan kepada terjemahan perkata
dan terjemahan Tafsir al-jalalain yang telah disebutkan sebelum itu.
Semoga melalui buku ini, para pembaca dapat memahami al-Quran dan
menghayatinya dengan mudah dan jelas, untuk dijadikan pedoman dan
pegangan hidup, amin ya Rabbal 'alamin.
Read more at https://www.mudah.my/Tafsir+Al+Jalalain+Surah+Al+Fatihah+Yasin+-64116841.htm#R7Qik8jP6sv63OMi.99