Halal Living
- Availability:
- In Stock
- Product Code:
- BKK 00023
- Brand:
- Kemilau Publika
Usually dispatches within 3 to 5 working days.
Mahukan kehidupan yang ‘halal’? Cabaran dalam kehidupan pada abad
globalisasi amat mencemaskan. Nilai-nilai kehidupan sudah menjadi kabur
dari segi batasan antara baik dan buruk. Terlalu banyak suara-suara
menawan yang mengelirukan cuba memujuk umat Islam ke jalan yang dimurkai Allah . Kesan buruk maksiat pada masyarakat turut dipandang remeh.
Bagi orang yang tidak berfikir panjang, hujah-hujah golongan humanisme ini
memang nampak rasional tetapi sebenarnya mereka hanya menjadi alat pada
golongan yang mementingkan hawa nafsu yang tidak suka perbuatan mereka
disekat oleh sesiapa. Ayuh, kita mereformasi diri! Jika selama ini kita
hanya menjaga perut agar diisi dengan makanan yang halal, kini sudah
tiba masanya kita menjalani kehidupan yang serba-serbi ‘Halal’.
Buku ini digarap khusus bagi mengingatkan kita bahawa secara tidak sedar,
kehidupan ini banyak dipengaruhi oleh aliran sekular yang cuba
memencilkan agama Islam.
Poin penting yang perlu anda ketahui:
1. Bagaimana menukar aktiviti harian menjadi ibadah. 2. Bagaimana konsep pengurusan masa yang berhemah. 3. Bagaimana menganalisa dan membuat
keputusan dalam memilih aktiviti yang diredai Allah. 4. Panduan mencari
rezeki yang diredai Allah. 5. Kaedah merancang aktiviti harian.
Tags:
Book | |
---|---|
Book Author | M Harith Mahmud |
Book ISBN | 978-967-361-029-7 |
Book Pages | 162 Halaman |