Sirah Nabi (Rahiq al-Makhtum)

Not yet rated Write a review
Price
RM 68.00
Availability:
Product Code:
BKK 00104
Brand:
Kemilau Publika

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

 

 

Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah sebuah karya Sirah Nabi Saw yang telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan buku Sirah Rasulullah Saw anjuran Rabithah Alam Islami (Liga Dunia Islam), di Mekah al-Mukarramah.
_______________

SAAT YANG PALING SEDIH DALAM HIDUP INI; SAAT KEWAFATAN NABI SAW.
 

Tibalah detik-detik terakhir daripada hidup baginda. Aisyah menarik tubuh baginda ke pangkuannya. Tentang hal ini, dia pernah berkata, “Sesungguhnya antara nikmat Allah yang dilimpahkan kepadaku adalah apabila Rasulullah meninggal dunia di rumahku, pada hari giliranku dan berada dalam rengkuhan dadaku serta Allah menyatukan antara ludahku dengan ludah baginda ketika baginda wafat.” Aisyah juga berkata, “Ketika itu Abdurrahman ibnu Abu Bakar masuk ke dalam, sambil memegang siwak. Ketika itu kurengkuh tubuh baginda dan kulihat baginda melihat ke arah siwak yang ada di tangan Abdurrahman. 

Oleh kerana aku tahu bahawa baginda amat menyukai siwak, maka aku bertanya, ‘Bolehkah kuambilkan siwak itu untukmu?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menyerahkannya kepada baginda dan menggosokkannya ke mulut baginda. Rupa-rupanya gosokanku terlalu keras bagi baginda, sehingga aku bertanya, ‘Apakah aku perlu memerlahankannya?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala. 

Maka aku menggosok dengan sangat perlahan. Ketika itu di tangan baginda ada bekas berisi air. Baginda mencelupkan kedua-dua tangan ke dalam air, lalu mengusapkannya ke wajah, sambil bersabda, ‘Tiada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya’.”

Write a review