Solat Mukmin VS Solat Muslim

Not yet rated Write a review
Price
RM 18.00
Availability:
Sold Out
Product Code:
BKG 00149
Brand:
Galeri Ilmu

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Sebagai seorang Islam, bagaimanakah pelaksanaan solat yang anda dirikan itu? Ayuh! Tinggalkan solat orang jahil. Tinggalkan solat orang lalai. Tinggalkan solat orang riyak. Kita bangkit untuk mendirikan solat sebagai orang soleh, solat sebagai orang yang bertakwa, solat sebagai orang Muqarrabin dan solat sebagai orang A'rifin.

SINOPSIS:

Buku SOLAT MUKMIN vs SOLAT MUSLIM dikarang oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bertitik tolak daripada keadaan semasa umat Islam di seluruh dunia terutamanya penderitaan umat Islam di Palestin, Syiria dan umat Islam Rohingya. Kenapa semua ini terjadi sedangkan akidah mereka sama dengan akidah kita. Sama-sama menyembah Allah. Adakah Allah tidak lagi menyayangi kita?

Berhenti menyalahkan Allah tetapi salahkan diri  kita sendiri, umat Islam yang telah lama tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita juga tidak bersungguh-sungguh mengabdikan diri kita kepada-Nya dan telah banyak pula larangan Allah yang kita kerjakan.

Melalui solatlah kita dapat memperbaiki hubungan rasmi kita dengan Allah SWT.  Kita tingkatkan solat kita daripada solat Muslim kepada solat orang Mukmin. Daripada solat yang hanya mementingkan kuantiti kepada kualiti. Solat yang mengharapkan upah semata-mata kepada solat yang memberikan ketaatan dan cinta. Moga dengannya Allah pasti membantu kita umat Islam seluruh dunia untuk kemuliaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Insya-Allah.


Beliau turut mengendalikan modul kursus ‘Mukmin Profesional’ kepada hampir 250 organisasi termasuk di Singapura dan Brunei yang meliputi lebih kurang 1,280 program. Beliau pernah terlibat dalam slot Motivasi Pagi di radio IKIM.fm. Selain itu beliau juga pernah terlibat sebagai motivator untuk jemaah haji pakej di bawah THTS. Sehingga kini, beliau menjadi mutawif jemputan bagi ibadah umrah pada setiap tahun.


              


USTAZ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWIbertugas sebagai Pengarah Operasi dan Fasilitator utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Menadah ilmu di beberapa buah pondok pengajian di tanah air juga menadah kitab di Masjidil Haram, Jordan dan di Mesir. Sebagai aktivis dakwah yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang dakwah dan Pembangunan Insan sepenuh masa, beliau telah menyampaikan banyak ceramah agama di dalam dan di luar negara.




TENTANG PENULIS




21. Menghidupkan Ibadah Malam VS  Mengabaikan


20. Ingat-mengingat Tentang Solat  VS  Sama-sama Lalai


19. Merasa Hebatnya Allah SWT  VS   Hebatnya Diri Sendiri


18. Rindu dan Damai dengan Masjid  VS  Rimas dan Gelisah


17. Zikir dan Doa dengan Bersungguh-sungguh  VS  Bergantung kepada Imam


16. Pentingkan Hak Jemaah  VS  Pentingkan Diri


15. Bersungguh-sungguh dan Khusyuk VS  Sambil Lewa     


14. Memanjangkan Solat  VS  Memanjangkan Doa


13. Melengkapkan Pakej Solat VS  Mengerjakan yang Fardu


12. Memelihara Solat  VS  Mengerjakan Solat


11. Sanggup Bersusah-susah VS  Tidak Sanggup 


10. Istiqamah dan Kualiti  VS  Kuantiti


9. Istirahat dalam Solat VS  Selepas Solat


8. Seronok Bertemu Allah VS  Beban


7. Solat kerana SYUKUR dan CINTA  VS  Semata-mata Pahala dan Ganjaran


6. Nak Jadi Baik Kena Solat  VS  Solat Tanda Orang yang Baik


5. Munajat VS  Semata-mata Bacaan dan Pergerakan


4. Bersungguh dan Beradab VS  Bermalas-malas ke Tempat Solat


3. Menunggu  AzanVS  Datang Setelah Azan


2. Solat Berjemaah VS  Sendirian


1. Solat Di Awal Waktu VS  Solat Ikut Suka Hati


♦ Perbezaan Antara Mukmin dengan Muslim




Kandungan



Book
Book Author Ustaz Muhammad Nasib Zawawi
Book ISBN 978-983-097-680-8
Book Pages 114 Halaman
Write a review