• 101 Soal Jawab Cinta

101 Soal Jawab Cinta

Not yet rated Write a review
Price
RM 20.00
Availability:
In Stock
Product Code:
BKG 00141
Brand:
Galeri Ilmu

Usually dispatches within 3 to 5 working days.

Share

Tak salah seseorang menyukai seseorang, kerana itu adalah fitrah manusia yang dibekalkan naluri untuk kasih mengasihi sesama manusia. 

Cumanya, jika belum bersedia, usah diluahkan pada empunya diri, bimbang ia akan menyusahkan kita kelak.

Berdoalah pada Allah SWT, mohon petunjuk daripada-Nya. Perbanyakkan istikharah agar dipermudahkan urusan memilih calon terbaik. Jika hati rasa tenang kepadanya, maka usahakan untuk memiliki secara halal. Kalau sudah jodoh, segalanya terasa mudah biarpun jaraknya beribu-ribu batu sekalipun.

Buku ini pada asalnya adalah hasil penulisan status penulis di laman sosial namun ia mempunyai huraian berbanding status asal di laman sosial yang agak terhad. Bahkan penulis juga menyelitkan beberapa karikatur yang dilukis sebagai tambah nilai, serta lebih santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam.

ANTARA Kandungan
Bagaimana mendapatkan jodoh yang terbaik?, Siapakah lelaki dan wanita yang baik?, Perlukah meluahkan cinta?, Putus cinta, apa yang perlu dilakukan?Benarkah putus cinta begitu menyakitkan?Adakah jodoh buat mereka yang ‘tidak baik’?

Bolehkah membujang seumur hidup?, Andai belum bertemu jodoh.. , Apa yang perlu dilakukan oleh isteri untuk mendapatkan pujian suami?Bagaimana cara merisik seorang gadis?, Berbaloikah berkahwin muda?, Mahu berkahwin tetapi ibu bapa belum bagi lampu hijau? Lambat jodoh disebabkan kurang cantik?Bernikah ketika belajar?

Apa yang perlu dilakukan jika sudah tidak mampu mengawal nafsu?Apakah yang dibolehkan ketika bertunang, Pentingkah sekufu? Hebatkah bercinta semasa belajar? Dan banyak lagi.
Write a review